Monday, March 2, 2015

Buah Tin Buah dari Syurga :)

Assalammualaikum!

Hari ni nak share tentang khasiat Buah Tin & Buah Markisa.

Buah Tin


Buah tiin atau nama latinnya Ficus Carica. Buah tiin berasal dari Syam, Palestin dan Mesir tetapi ia juga diperkenalkan di Itali lebih kurang 2000 tahun yang lampau dimana ia berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah termasuklah negara Yunani. 

Khasiat
1. Dapat mengurangkan penyakit sesak nafas. 
2. Membersihkan hati dan limpa
3. Menghilangkan kahak yang berkumpul
4. Memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan dan sebagai satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan. 
5. Dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).
6. Mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi. 
7. Satu saiz hidangan buah tin (100g atau ¼ cawan) mengandungi 20% daripada keperluan zat serat seharian tubuh badan kita. Daripada jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. 
8. Membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan. 
9. Serat tidak larut dapat melindungi dan mencegah daripada penyakit kanser usus besar (kolon). 
10. Mampu mengurangkan berat badan. Sesuai dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan.
11. Mengandungi ‘polyphenols' yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.
 Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh J.A Vinson tersebut mendapati bahawa jumlah kandungan ‘polyphenol' dalam buah tiin adalah paling tinggi berbanding dengan buah- buahan dan sayur- sayuran lain. Di samping itu, buah tiin juga mengandungi sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser iaitu ‘benzaldehyde' dan ‘coumarins'. ‘ Benzaldehyde' telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor manakala ‘ coumarins' adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat. 
12. Mengurangkan serangan angin ahmar dan juga mampu mengawal tekanan darah tinggi. 
13. Bagi penyakit kencing manis, buah tiin boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam buah tiin iaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal aras gula dalam darah seseorang.
Kepada sesiapa yg rasa macam tertanya tanya mana nak dapat buah tin kat Malaysia ni, haa senang aja. Anda boleh jenguk ke blog norashfarm.blogspot.com utk beli direct from owner yang tanam sendiri buah tin ni. Boleh pergi tengok kebun mereka di Sg Udang, Melaka. Dekat je kann? haa so marilah kita manfaatnya buah dari syurga kurniaanNya untuk kesejahteraan kita sekeluarga. Selain dari buah tin, ada juga buah markisa. Yg sama banyak khasiatnya dgn buah tin. Till then, TTYL. ;)

Sunday, March 1, 2015

Azam March

Sekejap sahaja dah bulan March kan? Rasanya baru lagi kita masuk tahun 2015.

How time flies so fast. So selagi hidup, selagi itu kita boleh berazam kan?
Takkan nak tunggu tahun baru. 

Azam aku bulan March ni nak start workout balik. Yeahh, I really mean it.
Berapa bulan dah tinggal pun tak tahu. Since habis belajar kot. err dah 6 bulan jugak.
Boleh la start balik sebelum badan makin membulat and gelebeh sana sini.

Disebabkan line wifi yg laju, mula mendownload video utk indoor workout. So that I have no reasons to give why do I miss my workout routine.  Okay, kat sini Dede ada bagi la antara workout routine yg Dede selalu buat dulu, so boleh la follow for a lean legs. Sebab iolss jenis kembang tang peha. Kalau gemuk pn kat situ je yg naik. haha. so takpee, lain kali I will share more how I do my workout, and of course la bila workout tu dah start. till then, double T Y L. Talk To You Later. :)