Friday, May 24, 2013

Dugaan Hidup. #Random

Assalammualaikum. :)
dah lama jugak tak update. tapi tengok kawan2 yang lain lagi ramai yg tak update.
Ada yang 7-8 bulan yang setahun dua tahun tak update blog pun ada. hehe
Mesti semua pun busy kan?
Actually I don't really have a specific topic today.
But rasa dah lama sangat tak berblog. So, I did. hee

Kehidupan ni tak pernah seorang pun terlepas dari dugaan. Sama ada dugaan yang baik atau dugaan yang kurang baik. Dugaan yang baik ialah nikmat yang Allah bagi. Itu pun dugaan nak tengok kita balik kat Dia tak bila dah dapat apa yang Allah bagi kat kita. Dugaan yang kurang baik ni mungkin dalam bentuk masalah. Tapi sebenarnya yang datang dari masalah la yang banyak memberikan kita pengajaran kehidupan ni sebenarnya macam mana :)

Aku, hamba Allah yang lemah tak terlepas dari semua tu. Pada aku, Allah pernah bagi aku rasa dua-dua jenis dugaan tu. Tapi Alhamdulillah setakat ini, dugaan itu menguatkan lagi rohani aku. :)
Bila kita selalu fikir yg semuanya datang daripada Allah, percayalah kita takkan kecewa sangat, kita takkan suka sangat. Kita takkan suka sangat ni which means bila kita dapat nikmat, kita still tahu Allah boleh tarik bila-bila. Kun Faya Kun.

Sekarang semua student tengah cuti sempena Hari Wesak & Hari Gawai. So be safe everyone whenever you are on the road. Baca Ayat Kursi setiap kali nak memulakan perjalanan. Pelajar UiTM cuti selama seminggu bermula hari ni sehingga Ahad depan. But seriously talk, I've got so many things to do. Kena siapkan folio, kena siapkan slides utk presentation, lab report lagi. So, seminggu ini In shaa Allah akan digunakan sebaiknya utk siapkan. and guess what? Lepas balik dari cuti seminggu ni, I only have 3 weeks to do my revision before the final exam start. See? how fast time flies isn't it?

Now, aku dah part 4. Habis semester ni naik part 5 yang akan busy dengan proposal. Next year dah final year. I get excited sometimes bila tahu dah tak lama lagi nak habis belajar. But at the same time I do worried about it. hehe. but for now, trying my best to do the best that I can for this coming exam. May Allah ease :')
Semoga Allah beri kekuatan badan, hati dan emosi before exam ni. huhu.
okaylah, I think ini je kot aku merepek for this time. Nanti aku update lagi.

wsalam :)